Thursday 27 October 2011

Kempen Jom Amal sempena AidilAdha

Kempen Jom  Amal  Sempena Menyambut AidilAdha (Hari Raya Korban )
1.      Berpuasa Sunat Hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) – 5 November 2011 (Sabtu )
Hadis Nabi s.a.w ;
Dari Abu Qotadah r.a berkata ; Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari Arafah? Jawabnya : Menebus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.
        ( riwayat Imam al Bukhari & Muslim )

2.      Menghidupkan malam raya dengan ibadat – ( 5 November  – Malam Ahad ) Hadis nabi s.a.w  seperti yang diriwayatkan daripada Imam al Tabarani :
 “Sesiapa menghayati  malam Hari Raya AidilFitri dan malam Hari Raya Aidil Adha
(dengan amal ibadah ), hatinya tidak akan mati (pada hari Kiamat ) sebagaimana matinya hati (orang yang kafir dan ingkar ) pada hari Kiamat.”

3.      Melaksanakan Ibadah Qurban – ( 10 Zulhijjah / 6 November ( Ahad ) 
& Hari Tasyriq – 11, 12 & 13 Zulhijjah ( 7 – 9 November )
Daripada Aisyah r.ha. ,Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
“ Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Korban ,yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari Kiamat kelak datang beserta dengan tanduk –tanduknya ,bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah ,ia (pahalanya ) telah diterima di sisi Allah ,maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala ) korban itu.”
-          ( Riwayat al Tirmizi ,Ibn Majah & al Hakim )

4.      Menghayati  Fadhilat & Hikmah Korban sepanjang bulan Zulhijjah
Antara hikmah dan fadhilat Korban ialah ;
-          Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
-          Mendidik jiwa ke arah taqwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
-          Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah s.w.t
-          Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t
-          Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
-          Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al Sirat al Mustaqim di Akhirat kelak.

“Wahai Tuhanku , Inilah korban anugerah daripadaMu dan kepadaMu (sebagai taqarrub kepadaMu dengan menyembelih korban ini ) maka terimalah olehMu daripadaku”
 – Doa Ibadah Korban

No comments:

Post a Comment